Rabu, 11 Februari 2015

Peranan Maharaja Di China dan JepuN


Pengenalan :

    Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur.
    Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.
    Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat.
Isi-isi :
China :

    Gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti  (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin.
    Maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat
    Maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah Tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of  Heavan iaitu maharaja dikatakan  mendapat mandate dari syurga untuk memerintah dunia.
    Maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara Sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana Sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam  Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19
Jepun :

    Sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara lain di Asia,  Maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M.
    Kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang  dikenali sebagai daimyo.
    Daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah2 lain di  samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak.
    Pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh.
    Golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja. Maharaja hanya menjadi boneka di istana.
    Pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun. Setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan.
    Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai
Kesimpulan :

    Di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911.
    Kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan  bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik.
    Di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun setanding dengan negara barat

    Maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan
Sj tema 4:GERAKAN MEMPERKUATKAN DIRI (GMD) 1861-1894
PENGENALAN
Pada penghujung abad ke-19 terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaan mancu.BUKTINYA: China begitu mudah dikalahkan oleh british dalam perang candu 1839-1842.kerajaan mancu tidak dapat memadamkan Pembenrontakan Taiping kecuali mendapat kuasa barat.Kelemahan ini telah menyedarkan pemimpin china untuk melasanakan rancangan moden dan menguatkan china.
RANCANGAN PEMBAHARUAN
(POLITIK, EKONOMI, SOSIAL & KETENTERAAN)
POLITIK
Sejak tahun 1861, China menamatkan dasar isolasi & mengamalkan dasar buka pintu seterusnya mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.Sebuah institusi (Tsungli Yamen) ditubuhkan pada Mac 1861Institusi tersebut diletakkan di bawah Grand Council/Majlis Tertinggi :-diketuai Putera Kung dan bertindak sebagai pejabat hal-ehwal luar.Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Cth: Anson Burlingame (Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) & De Balluseck (Russia)Pada tahun 1866, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun (dengan bantuan Robert Hart dihantar ke Eropah.Pada tahun 1868,dengan bantuan Anson Bulingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong & Sun Ku dihantar ke Amerika.Sejak tahun 1877, duta China ditempatkan di negara-negara asing & pada tahun 1879, sudah terdapat duta China di England (1877), German (1877), Perancis (1878), Amerika (1878), Rusia (1879) & Sepanyol (1879Bagi ymenjayakan GMD, China menggunakan khidmat Robert Hart, W.A.P. Martin & Horatio N.Lay.Kerajaan Manchu turut memberikan peluang kepada orang-orang China untuk memegang jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh orang-orang ManchuKerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina
EKONOMI
Kelemahan China adalah disebabkan kelemahan ekonomi. Bagi memulihkannya kembali ekonomi negara tersebut, China telah melaksanakan beberapa formula “Penyeliaan Kerajaan & Pengelolaan Saudagar”.
Formula tersebut adalah:
a). PERTANIAN
GMD menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang belakang ekonomi tradisional China.Beberapa langkah untuk memajukan pertanian telah diambil seperti Melaksanakan pembahagian tanah kepada petani-petani miskin yang tidak mempunyai tanah.◦ Cukai pertanian dikurangkan◦ Bantuan seperti benih & baja diberikan.◦ Lebih banyak tali air dibina untuk kepentingan pertanian.
b). PERLOMBONGAN
Pada tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping & Syarikat Perlombongan Kaiping ditubuhkan pada tahun 1883.Pada 1890, Chang Chih Tung membuka lombong arang batu & besi “Tayeh) di Han He Ping dalam Hupei
c). PERKILANGAN
Beberapa buah kilang ditubuhkan dibawah program ekonomi GMDPada tahun 1878, Tso Tsung Tang mendirikan kilang kain bulu di Luchow.Pada Chang Chih Tung telah mendirikan kilang kain di Wucang pada tahun 1891 & sebuah lagi pada tahun 1894.1891,Li Hung Chang mendirikan kilang kapas & kertas di Shanghai & kilang simen di Kaiping.1890-an, kilang kuit telah didirikan di Canton, Shanghai, Nanking, & Tientsin
d). SISTEM PERHUBUNGAN
Sistem perhubungan & pengangkutan dimajukan demi kepentingan ekonomi.Pada 1871, Imperial Telegraph Administration ditubuhkan untuk membina kabel telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China.
Pada 1872, Syarikat perkapalan China yang pertama ditubuhkan (China Merchants Steam Navigation Company). (tujuan utk melibatkan diri dalam bidang pengangkutan & memecahkan monopoli British dalam pengangkutan di China)
e). CUKAI
Beberapa cukai diperkenalkan bagi menghadapi masalah ekonomi.
Antaranya:
 Cukai Larkin Cukai tinggi yang dikenakan keatas pedagang.
f). JABATAN KASTAM LAUT
Ditubuhkan pada tahun 1862 bagi menguruskan kutipan cukai eksport & import.China menggunakan khidmat pegawai Barat seperti Robert Hart & Horatio N. Lady untuk memperkembangkan sektor perkhidmatan ini.
SOSIAL
China mula bertolak ansur tentang perkara berkaitan dengan adat.Orang asing tidak dipaksa mematuhi adat KOWTOU.Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara masing-2Sistem pendidikan disusun semula dengan kemasukan matapelajaran barat.1872 pelajar cina mula dihantar belajar ke seberang laut.Buku-2 dan para guru dibawa dari barat.Kerajaan china menggunakan rakyat mempelajari bahasa asing. Bagi mengetahui hal luar.Beberapa maktab didirikan.Contoh:tung weng kung,shanghai,canton dan foocow.Perhidmatan pos mula disediakan pada tahun 1881 di bandar besar.Anggota tentera laut diperkenalkan pada 1866 yang dikenali sebagai AMARDA FOOCHOW.Bagi membina dan membaiki kapal angkatan laut,limbungan kapal telah dibina di Foochow pada 1866.Bagi melengkapkan anggota tentera,kilang senjata mula dibina pada tahun 1861.Antaranya di nanking,anking,shanghai,canton, dan tientsien.
KETENTERAAN
Pakar dan jurulatih tentera diambil dari barat bagi melatih tentera china dan menyusun semula ketenteraan.1872 pegawai tentera dihantar menjalani latihan di barat.Contoh:1876 pelatih limbungan kapal Foochow dihantar jalani latihan di britain dan perancis.
BATASAN-BATASAN
1) KEKURANGAN TENAGA MAHIR
China terpaksa bergantung kepada orang Barat bagi menjayakan GMD (lebih-lebih lagi rancangan pembaharuan tersebut berdasarkan idea Barat).Sekiranya hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat berada dalam keadan yang baik, China tidak menghadapi masalah untuk dapatkan bantuan Barat. Namun sekiranya berlaku disebaliknya, perkara yang disebaliknya berlaku.
2. PEMIMPIN WILAYAH
Perlaksanaan rancangan pembaharuan GMD dianggap sebagai tanggungjawab pemimpin wilayah.Kerajaan pusat tidak mengambil inisiatif untuk merancang & menyelaraskan perlaksanaan rancangan tersebutPerlaksanaan rancangan tersebut diserahkan kepada budi bicara pemimpin wilayah. Akibatnya,pemimpin wilayah melaksanakan rancangan itu tanpa arahan & pimpinan kerajaan pusat.Rancangan itu hanya dijalankan di wilayah-wilayah tertentu & bukannya di seluruh China.
3. TIADA KERJASAMA
Perlaksanaan rancangan pembaharuan dianggap sebagai tanggungjawab wilayah berkenaan & tidak ada kena-mengena dengan wilayah-wilayah lain.Akibatnya,tidak wujud kerjasama antara wilayah dalam perlaksanaan GMD.Setiap masalah yang timbul dianggap sebagai masalah wilayah berkenaan & tidak akan dapat banyuan wilayah-wilayah lain.
4. TIADA MENDAPAT SOKONGAN KERAJAAN MANCHU
Rancangan pembaharuan GMD tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada pegawai ManchuMajoriti pegawai tidak memahami rancangan pembaharuan berdasarkan idea Barat yang hendak dilaksanakan di negeri China.Selain itu, terdapat pegawai yang memahami tetapi tidak yakin ianya dilaksanakan di negeri China.
5. TENTANGAN GOLONGAN KONSERVATIF
Rancangan pembaharuan mendapat golongan konservatif daripada orang Manchu terutama selepas hilangnya pengaruh Putera Kung sejak tahun 1875.Golongan Konservatif di bawah Maharani Dowager Tsu His amat berpengaruh sejak tahun 1875.Mereka menentang GMD kerana menganggap rancangan itu hanya menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu.Kebimbangan mereka bertambah kerana majoriti golongan reformis terdiri daripada orang Cina kecuali Putera KungMereka mendakwa rancangan pembaharuan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Manchu.Mereka turut menganggap tindakan meniru idea Barat boleh menjatuhkan maruah serta menghancurkan Tamadun China.
6. KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU
Kerajaan Manchu gagal melahirkan pemimpin yang berkebolehan, cekap & dinamik dalam melaksanakan rancangan pembaharuan.Kerajaan Manchu tidak merancang & menyelaraskan perlaksanaan rancangan itu.Tanggungjawab melaksanakan rancangan pembaharuan diserahkan kepada pemimpin-pemimpin wilayah.
7. PENYELEWENGAN
Sejak golongan konservatif berpengaruh dalam istana Manchu,pelbagai penyewelengan telah berlaku dalam perlaksanaan GMD.Cthnya: Peruntukan untuk memodenkan angkatan laut.
8. PERUNTUKAN
China menghadapi masalah ekonomi akibat perbelanjaan peperangan, bayaran ganti rugi, pemberontakan, bencana alam & sebagainya.Kekurangan peruntukan telah menjejaskan perlaksanaan GMD
9. IMPERIALISME ASING

Kemasukan Barat & Jepun telah menjejaskan perlaksanaan GMD.China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi perbelanjaan perang & bayaran ganti rugi.Kemasukan warga asing menyebabkan China tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam melaksanakan GMDSyarat-syarat perjanjian yang berat sebelah menyebabkan industri tempatan tidak dapat dilindungi daripada saingan asing
TEMA 2: SISTEM PEMBESAR DI CHINA
 PENGENALAN
      Institusi pemerintahan di china memperlihatkan Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diarahkan kepadanya. Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pentadbiran yang diarahkan oleh Maharaja. Golongan ini juga menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial concelory. Kesemua dasar digubal diperingkat pusat dan di laksanakan diperingkat wilayah.

ѽPERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT PUSAT.
-Maharaja china membahagikan 3 fasa pentadbiran iaitu Pentadbiran Awan,Pentadbiran Ketenteraan ,dan Pentadbiran Tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara.
-Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Conserate (lembaga penapis).
INTITUSI SEKRETARIAT AGUNG
-Terdiri daripada3 hingga 6 setiausaha agung yang dipilih oleh Maharaja.
Peranan Sekretariat Agung:
-membantu Maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat.
-memaklumkan kepada Maharaja segala penjalanan dalam 6 badan kementerian.

       MAJLIS TERTINGGI
-Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada Maharaja.
-ciri-ciri Majlis Tertinggi :
   -dibahagikan kepada 6 kementerian
   - setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Shangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.


LEMBAGA PENAPIS
-Maharaja menubuhkan conserate untuk memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga kepada Maharaja.
-ciri-ciri conserate:
   - terdiri daripada 2 orang conser,beberapa timbalan dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat conserate dan urusan pentadbiran.
    - kuasa utama conserate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi,penyalagunaan kuasa dan ketidakcekapan.
    -pada zaman dinasti ching , Maharaja mempunyai 24 orang conserate di peking atau ibu kota dan lebih 56 orang conserate di wilayah.
Justeru, jelaslah bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan kedudukan Maharaja.

PERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT WILAYAH
Dalam pentadbiran pembesar di wilayah ,
-golongan tentera dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan daripada pembesar pusat.
-selain tentera yang dilantik, golongan sarjana/ shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran wilayah.
Dalam pentadbiran semasa Dinasti ching, Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh Maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim pula bertugas mengawal undan-undang jenayah dan bidang kuasa dalam perkara-perkara jenayah serta menjadi pengawal Garam dan pegawai bijirin. Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula di kawal oleh ketua jajahan.

  KESIMPULAN   
Dasar pemerintahan maharaja dapat mengekalkan keamanan dan ketenteraman ialah melalui keseimbangan dalam pemilihan jawatan pembesar antara orang Manchu dengan orang China.Akhirnya, Revolusi 1911 telah menamatkan sistem pemerintahan beraja di china terutamanya sistem feudal yang telah berlangsung selama 267 tahun dan penamatan sistem ini juga turut menghapuskan sistem pembesar dan digantikan dengan sistem bercorak republik dan kemudiannya diambil alih oleh pemerintahan komunis.

SEJARAH DUNIA STPM PENGGAL 1


Pemerintahan Tsar Peter Agung (1689-1725)


Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia yang telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan keagamaan. Pembaharuan yang dijalankan adalah didorong oleh pengalamannya ketika mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis. Tsar Peter ingin menjadikan negara Rusia maju setanding dengan negara-negara Barat ini. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah seperti dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.


Bidang Politik
Menyusun Semula Sistem Pentadbiran Rusia
Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pentadbiran Rusia disusun semula dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur. Baginda melakukan rombakan dalam institusi-institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi iaitu digantikan dengan Majlis Senat pada tahun 1711. Majlis Senat dianggotai oleh sembilan orang ahli. Sebuah badan yang dikenali sebagai Colleges ditubuhkan untuk mengurangkan beban tugas anggota Senat.

Memindahkan Pusat Pemerintahan
Pada tahun 1721, Tsar Peter Agung memindahkan pusat pentadbiran dan Moscow ke St. Petersburg untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peynerintah berkuasa mutlak di Rusia. Sistem pentadbiran yang cekap menyebabkan Tsar Peter Agung berjaya meluaskan kuasa dan menewaskan Turki dan Sweden.

Dasar Peluasan Kuasa
Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang kuat menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri, dan meluaskan jajahan takluk Rusia. Pada tahun 1696, beliau melancarkan serangan kedua dan berjaya menguasai kubu tersebut daripada orang Tartar.
Selepas menguasai Azov, Tsar Peter Agung melancarkan serangan terhadap Sweden. Tsar Peter Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova. Peperangan dengan Sweden ditamatkan melalui Perjanjian Nystadt yang dimeterai pada tahun 1721. Menerusi Perjanjian Nystadt, Tsar Peter Agung berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia dan Sweden.

Kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18 M. Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, empayar Rusia telah mencapai zaman kegemilangan. Tsar Peter Agung meletakkan asas yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan pada abad-abad seterusnya.
Bidang Ekonomi
Memajukan Sektor Perindustrian
Untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara dan meningkatkan perbendaharaan negara, baginda telah membangunkan sektor perindustrian iaitu memberi penekanan kepada sektor industri berat dan industri pembuatan. Sektor perindustrian diletakkan di bawah penyeliaan kerajaan pusat di mana kerajaan pusat telah memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian.
Sektor pembuatan barangan seperti tekstil, kaca dan barangan kulit turut dimajukan. Manakala industri berat seperti industri besi dan keluli juga telah dimajukan di Ural. Kilang membuat senjata dan peralatan perang didirikan oleh kerajaan untuk  menyediakan peralatan perang yang mencukupi.
Penekanan yang diberikan oleh Tsar Peter Agung telah berjaya menarik pemodal-pemodal asing untuk mendirikan kilang di Rusia dan hasilnya banyak kilang didirikan di Rusia. Sebagai contoh, pada tahun 1682 terdapat 21 buah kilang  dan bertambah kepada 200 buah kilang pada tahun 1725. Menjelang abad ke-18 M, Rusia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran di Eropah.
Memantapkan sistem percukaian
Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai cukai untuk menambahkan perbendaharaan negara dan membiayai peperangan. Baginda memperkenalkan cukai tidak langsung bagi barangan keperluan harian dan cukai kepala pada tahun 1718. Cukai kepala dibayar mengikut jumlah individu dalam sesebuah isi rumah dan dibayar dalam bentuk wang tunai.
Bidang Sosial
Memajukan Bidang Pendidikan
Tsar Peter Agung turut memberikan penekanan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan. Baginda menghantar ramai golongan muda ke Barat untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
Selain itu, baginda juga telah menubuhkan lebih banyak sekolah di Rusia antaranya sekolah The Navigator School, Naval Academy, Engineering Academy, dan Artillery Academy. Mata pelajaran yang diberikan penekanan ialah bidang aritmatik, geometri, geografi dan pelayaran. Baginda juga telah menubuhkan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science.

Baginda juga memperkenalkan penerbitan surat khabar yang pertama di Rusia, mengubah sistem kalender Rusia dengan memperkenalkan sistem kalender Julius dan menggalakkan penterjemahan bahan-bahan bacaan dari luar negara.
Menyusun Semula Pentadbiran Gereja
Dalam bidang keagamaan, Tsar Peter Agung mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran gereja bagi mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja. Baginda bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.

Selepas kematian ketua Gereja Kristian Ortodoks pada tahun 1700, baginda tidak melantik penggantinya. Malah memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambil alih peranan ketua Gereja Kristian Ortodoks. Badan ini dipengerusikan sendiri oleh baginda dengan dibantu oleh biskop-biskop yang dilantik oleh kerajaan pusat sebagai anggotanya.